Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Mesyuarat khas PRN Ke-12 Sarawak pada 24 Nov ini -SPR

KUCHING, 12 Nov : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) maklumkan Mesyuarat Khas berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak akan diadakan pada 24 November ini di Kuching.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, mesyuarat yang dijangka bermula pada pukul 9 pagi itu akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh.

Kenyataan media SPR berhubung perlaksanaan PRN Ke-12 Sarawak.

” Antara yang akan disentuh termasuklah tarikh – tarikh penting membabitkan writ pilihan raya, hari penamaan calon, daftar pemilih yang akan digunakan, hari pengundian dan persiapan bagi melaksanakan PRN,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Ujar beliau, satu sidang media akan diadakan selepas mesyuarat berkenaan tamat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan