Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PRN12: Perlunya SOP yang realistik

ByFebbright James

KUCHING, 12 Nov: Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu dibuat secara realistik dan bersesuaian dengan keadaan di Sarawak.

Jelas Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, SOP tersebut harus mengambil kira keadaan di Sarawak yang mempunyai pelbagai latar belakang termasuk penduduk di pedalaman.

“Kita harap SOP tersebut adalah realistik agar dapat membantu semasa berkempen.

“Pada masa sama juga, kita harus menentukan segala langkah pencegahan seperti penjarakan fizikal dan aspek kebersihan diterapkan agar dapat mengelakkan jangkitan COVID-19,” katanya pada satu sidang media selepas majlis penyampaian Cek Geran Operasi bagi rumah ibadat daripada Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Tambahnya lagi, ada juga keperluan untuk melihat kepada SOP yang digunakan pada PRN Melaka.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, beliau menyerahkan sejumlah RM3.896 juta kepada penerima.

Untuk rekod, kerajaan Sarawak telah mengagihkan tiga geran untuk projek bangunan keagamaan dan sekolah mubaligh dengan masing-masing berjumlah RM15 juta.

Ujarnya, ini juga merupakan antara usaha kerajaan Sarawak bagi memastikan tiada yang diketepikan.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan