Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

4,547 anggota warga Kementah di Sarawak layak terima dos penggalak

ByFebbright James

KUCHING, 10 Nov : Seramai 4,547 kakitangan Kementerian Pertahanan di Sarawak layak menerima suntikan vaksin dos penggalak.

Panglima Divisyen 1 , Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Dzulkafli Mustaffa berkata, mereka terdiri anggota tentera darat, kakitangan pentadbiran dan ahli keluarga mereka.

“Program suntikan vaksin akan dilaksanakan di lima Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di seluruh negeri bermula hari ini dan dijangka selesai pada 16 November ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau perlaksanaan program vaksinasi pandu lalu di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan di sini hari ini.

Ujar Dzulkafli , pecahan yang menerima vaksin penggalak melibatkan 1,149 penerima di Muara Tuang manakala 299 orang penerima di PPV Kem Pakit Sri Aman.

” Seramai 266 akan disuntik di PPV Kem Similajau, Bintulu, manakala yang teramai melibatkan 2,078 orang di PPV Kem Oya, Sibu dan serta 755 di PPV Kem Sri Miri,” katanya.

Program Vaksinasi Dos Penggalak Pandu Lalu

“Pemberian dos penggalak kepada anggota di barisan hadapan terutama anggota Tentera Darat amat diperlukan terutama bagi yang bertugas di sempadan Sarawak dan Kalimantan Barat,” ujarnya. -TVS

Tempat Penyimpanan Vaksin
Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan