Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pembangkang dijangka sukar tembusi tembok kebal dibina GPS – Penganalisis Politik

KUCHING, 9 Nov : Ketika bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak semakin dirasakan ekoran Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar pada 3 November lepas, penganalis politik berpendapat, parti – parti tempatan dilihat lebih berpeluang untuk memenangi ‘pertempuran’ di Bumi Kenyalang.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Rusdi Omar berkata, andaian berkenaan dibuat bukan kerana mahu memperkecilkan kemampuan parti – parti yang berasal dari luar Sarawak, namun perlu difahami bahawa sentimen rakyat dan pengundi di sana adalah berbeza dengan di Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata, kekuatan yang dimiliki oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) sukar untuk dinafikan memandangkan ia terdiri daripada gabungan parti – parti politik tempatan.

” Mereka (GPS) telah membina reputasi dalam mentadbir Sarawak dan seolah – olah telah mendirikan satu tembok kebal yang sukar untuk ditembusi parti lawan,” katanya kepada TVS.

Menurutnya, pembangkang khususnya DAP dan PKR mungkin hanya berpeluang untuk menang beberapa kerusi di kawasan bandar namun kekuatan yang dimiliki itu tidak menyeluruh dan masih ‘asing’ di kalangan pengundi di luar bandar dan pedalaman.

” Dalam aspek ini, pengundi luar bandar di sana mempunyai persamaan dengan pengundi di Semenanjung apabila lebih selesa dengan parti yang memerintah. Di sini (Semenanjung) sokongan pengundi masih kepada Barisan Nasional (BN),” katanya.

Ditanya kelebihan yang dimiliki oleh parti – parti tempatan, beliau yang juga Penolong Naib Canselor , Pusat Pengajian Undang -undang dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS), Universiti Utara Malaysia, parti -parti tempatan seperti GPS lebih memahami aspirasi rakyat Sarawak.

” Justeru, saya menjangkakan mereka (GPS) tidak berdepan masalah untuk mempertahankan pentadbiran kerajaan negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak akan datang,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan