Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kerajaan negeri peruntukan RM15 juta untuk sekolah mubaligh

ByFebbright James

KUCHING, 9 Nov : Kerajaan negeri telah memberi peruntukan berjumlah RM15 juta kepada sekolah – sekolah mubaligh di Sarawak pada tahun ini.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan, Datu Dr Penguang Manggil berkata, bantuan berkenaan adalah sebagai mengiktiraf sumbangan sekolah mubaligh dalam bidang pendidikan serta penyatuan di negeri ini.

Katanya, peruntukan berkenaan akan digunakan untuk kerja membaik pulih, mengurus dan menambah kemudahan infrastruktur bagi keselesaan warga sekolah.

“Perhatian yang diberikan terhadap sekolah mubaligh adalah selaras dengan aspirasi kerajaan negeri yang mengamalkan polisi inklusif untuk semua kaum dan agama.

” Pada masa sama, kerajaan negeri juga mengiktiraf peranan sekolah mubaligh di negeri ini sebagai lambang perpaduan sejak dahulu lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampai cek bantuan berjumlah RM3.8 juta kepada 30 sekolah mubaligh di sekitar Kuching di sini hari ini.

Sebelum ini ujar Dr Penguang, kerajaan negeri telah mengagihkan bantuan berjumlah RM2.76 juta kepada 24 sekolah mubaligh di Sibu manakala sebanyak RM840 000 diberikan kepada sekolah kategori sama di Miri.

” Di atas keprihatinan kerajaan , Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) di bawah Jabatan Ketua Menteri telah ditubuhkan untuk membantu pengurusan sekolah mubaligh untuk menaik taraf prasarana di sekolah – sekolah mubaligh,” katanya.

Beliau memberitahu, denominasi Anglican Diocese of Kuching turut menerima peruntukan berjumlah RM6 juta yang diagihkan kepada 50 buah sekolah di bawah kelolaannya di negeri ini. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan