Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Jumlah mangsa banjir di Kedah terus catat penurunan

ALOR SETAR, 9 Nov :  Jumlah mangsa banjir di Kedah terus menurun kepada 500 orang daripada 132 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 616 orang daripada 159 keluarga, petang semalam. 

Ketua Bahagian Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Mejar (PA) Mohd Muaz Mohd Yusof berkata lima pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di daerah Kota Setar. 

Beliau berkata 249 orang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Darul Hikmah, SK Convent, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Convent dan SMK Simpang Kuala. 

“PPS di SK Suka Menanti yang dibuka pada 1 Nov lepas masih dibuka walaupun kesemua mangsa telah dibenarkan pulang semalam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Muaz berkata 251 orang pula masih berlindung di PPS Dewan Rakan Sukan Tanah Merah dan Dewan Cenderawasih di daerah Pendang.

Sementara itu, di PERAK, 20 mangsa dipindahkan ke PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan setakat 7 pagi tadi berikutan fenomena air pasang besar.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata kesemua mangsa adalah dari Lorong Kedah, Lorong Sidang Osman, Kampung Batu 9, Changkat Jong dan Kampung Baru Batu 8. 

— BERNAMA

Tags: #bm, Banjir, Kedah

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan