SINGAPURA, 8 Nov : Mahkamah Tinggi Singapura hari ini membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman terhadapĀ seorang warga Malaysia yang sepatutnya menjalani hukuman gantungĀ pada Rabu (10 Nov) atas sabitan mengedar dadah.
Keputusan itu dimuatnaik di Facebook oleh M. Ravi, peguam kepada lelaki yang dihukum mati iaitu Nagaentran K Dharmalingam, 33.
āMahkamah Tinggi baru sahaja memerintahkan penangguhan pelaksanaan sementara menunggu perbicaraan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi,ā katanya.
Prosiding bagi permohonan mencabar pelaksanaan penghakiman didengar melalui aplikasi zoom hari ini, dua hari sebelum tarikh pelaksanaan hukuman gantung pada 10 Nov.
Nagaentran ditahan pada 2009 kerana membawa masuk 42.7 gram (1.5 aun) heroin ke Singapura.
— BERNAMA