Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PBB Pantai Damai guna media sosial secara total untuk kempen PRN12

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 8 Nov : Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pantai Damai akan memanfatkan media sosial ketika kempen pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak akan datang.

Naib Presiden PBB yang juga Ketua PBB bahagian berkenaan, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ia selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat yang dijangka akan ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurutnya, penggunaan media sosial merupakan aspek penting untuk berkempen memandangkan ceramah terbuka, kempen rumah ke rumah dan aktiviti keraian tidak dibenarkan.

“Kita akan mematuhi SOP ditetapkan dan bersedia untuk berkempen menerusi media sosial,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai persiapan PBB Bahagian Pantai Damai bagi menghadapi PRN12.

Dr Abdul Rahman menjelaskan persiapan untuk PRN ke-12 juga sudah lama dibuat dan sekarang merupakan masa untuk menggerakkan jentera untuk lebih aktif.

“Kita sekarang cuma menunggu SPR mengumumkan tarikh penting iaitu hari penamaan calon dan pengundian,” ujarnya.

Pada masa sama, beliau menyuarakan keyakinan bahawa rakyat Sarawak akan memberi sokongan padu kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam PRN ke-12 kelak.

“Ia berdasarkan pelbagai inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Sarawak dalam mempercepatkan program pembangunan terutama kemudahan asas di seluruh negeri,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan