Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
omicron sarawak
omicron sarawak

Perang parti ‘sahabat’ di PRN Melaka, di Sarawak, GPS tak beri muka !

HARI ini, secara rasminya, gelanggang pertarungan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dibuka apabila proses penamaan calon selesai.

Seramai 112 orang calon mewakili Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) , Perikatan Nasional (PN) , Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (PUTRA) , Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) dan bebas akan mencuba nasib.

Namun demikian, di kalangan enam blok berkenaan, saingan sebenar hanya akan melibatkan BN, PH dan PN untuk memikat hati seramai 495,196 pengundi yang layak mengundi pada 20 November ini.

Tiga blok ini juga masing – masing mempunyai pengalaman mentadbir Negeri Hang Tuah dengan BN mempunyai rekod ‘zaman berzaman’ menguasai Melaka sebelum ditumbangkan PH dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke -14 lalu.

Plot twist terjadi apabila beberapa wakil rakyat PH ‘berpaling tadah’ dengan membentuk gabungan bersama wakil rakyat BN untuk mengambil alih pentadbiran Sri Negeri pada Mac tahun lalu.

Selanjutnya, tidak perlu diperincikan lagi kejadian pada awal Oktober lalu dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu sehingga membawa kepada PRN.

PN yang terdiri daripada Bersatu, Pas dan Gerakan bertanding di kesemua 28 kerusi DUN termasuklah menentang ‘rakan’ dalam Kerajaan Persekutuan iaitu calon -calon yang diketengahkan oleh UMNO, MCA dan MIC.

Ini sekaligus mengulangi skrip PRN Sabah tahun lalu apabila wakil UMNO dan Bersatu turut bertembung di beberapa kerusi.

Melihat ‘kekacauan’ berikutan perang di kalangan ‘parti – parti sahabat’ di Semenanjung, Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang kini menjadi Kerajaan Sementara Sarawak nampaknya lebih bertegas dalam mempertahankan haknya.

Situasinya sama kerana GPS juga ‘bersahabat’ dengan Pas dan Bersatu di Putrajaya bagi membolehkan PN mentadbir kerajaan ketika ini.

Bersatu yang memasang hasrat untuk bertanding dalam PRN Ke-12 Sarawak kini seolah-olah terkedu apabila GPS menegaskan mereka tidak akan menyerahkan kerusi yang diwakili Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Semalam juga, GPS sepertinya telah menokhtahkan keinginan Bersatu apabila Naib Presiden PBB, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menegaskan, mereka akan meletakkan calon di semua 82 DUN membabitkan wakil dari setiap parti komponen.

Susulan ketegasan yang disuarakan GPS, Bersatu ‘tidak lagi bercakap’ mengenai kerusi manakah di kalangan 82 yang membentuk DUN Sarawak menjadi minat mereka untuk diletakkan calon.

Menunggu mesyuarat khas SPR mengenai PRN ke-12 Sarawak, situasi di negeri ini kekal aman tanpa sebarang serangan politik keterlaluan.

Yang ada pun hanya DAP yang dilihat cuba bermain psikologi apabila mengatakan mereka berisiko untuk tersingkir dalam PRN ini memandangkan SOP yang tidak membenarkan calon berkunjung ke rumah pengundi dan tiada ceramah dibenarkan mungkin akan turut digunapakai di Sarawak.

Apapun, pastinya kita mendoakan agar perjalanan PRN Melaka dan Sarawak berjalan lancar tanpa insiden tidak diingini.

Ini kerana yang lebih penting di hadapan rakyat dan semua parti politik, tersandar harapan yang sangat besar iaitu mahu mengembalikan kehidupan rakyat negara ini kepada fasa yang lebih baik selepas penat dibadai COVID-19 selama hampir dua tahun.

Bagi merealisasikan hasrat ini, sudah pasti parti yang stabil dan berpengalaman dapat menjayakannya. Mudah-mudahan.

Selamat bertanding. Sarawak Ngemeratka Pengelikun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan