Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
vaksin covid di Malaysia

Berita palsu dos penggalak ancam nyawa rakyat Sarawak – Dr Sim

KUCHING, 8 Nov : Tindakan pihak tertentu menyebarkan berita palsu tentang bahaya sekiranya mendapatkan dos penggalak boleh mengancam banyak nyawa di negeri ini yang memerlukan suntikan berkenaan.

Penasihat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JBPN), Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, berdasarkan data, setakat ini seramai 162 826 individu di negeri ini telah menerima suntikan penggalak dan tidak melaporkan sebarang komplikasi kesihatan.

Katanya, pemberian dos penggalak di Sarawak melibatkan vaksin homologous (sama jenis) atau vaksin campuran (heterologous).

“Lebih 70 peratus atau 115 532  telah menerima vaksin penggalak Sinovac juga tidak melaporkan komplikasi buruk,” katanya menerusi perkongsian menerusi Facebook semalam.

Dalam soal ini , Dr. Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, penyebaran berita palsu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menimbulkan rasa bimbang kepada mereka yang menerima vaksin campuran boleh mendedahkan orang ramai kepada jangkitan COVID-19 yang mungkin membawa maut.

Sementara itu, beliau menjelaskan seramai 597 097 penduduk Sarawak layak menerima suntikan dok penggalak yang mula diberikan pada bulan lepas dan berlarutan ketika ini.

” Oleh itu, saya menyarankan agar mereka yang layak untuk menerima vaksin penggalak supaya tampil mengambil suntikan. Pihak berkuasa pula diseru untuk membenarkan orang ramai berbuat demikian secara walk-in kerana Kerajaan Sementara Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah membuka semula 50 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sebelum Dewan Undangan Negeri (DUN) terbubar,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau turut memaklumkan sebanyak 132 000 dos vaksin Pfizer-BioNTech tiba di Lapangan Antarabangsa Kuching (KIA) semalam. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan