Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ALOR GAJAH, 8 Nov -- Pegawai Pengurus Suruhanjaya Plihan Raya untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) N2 Tanjung Bidara mengumumkan tiga pencalonan bagi kerusi DUN tersebut di Bangunan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Tanjung Bidara hari ini. Mereka ialah (dari kanan) Zainal Hassan dari Pakatan Harapan (PH), Datuk Mas Ermieyati Samsudin dari Perikatan Nasional (PN) dan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dari Barisan Nasional (BN). Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov, ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt lepas susulan empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan ketua menteri. 
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA


 Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov manakala penamaan calon pada 8 Nov dan undi awal pada 16 Nov, ekoran pembubaran DUN pada 4 Okt lepas susulan empat ADUN menarik sokongan terhadap kepimpinan ketua menteri. 
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA




PRN Melaka : 112 calon bertanding wakili enam blok, SPR larang ceramah

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 8 Nov : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan seramai 112 calon yang mewakili pelbagai parti diterima sebagai calon yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke -15.

Pengerusinya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, kesemua calon itu tampil mengemukakan borang di 28 pusat penamaan calon di seluruh negeri hari ini sebelum tempoh penamaan calon ditutup pada pukul 10 pagi.

” Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) mengemukakan 28 calon manakala Parti Bumiputra Perkasa Malaysia (PUTRA) bertanding di lima kerusi serta Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) bertanding di satu kawasan dan 22 orang calon bebas turut terlibat,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Abdul Ghani berkata , tiga DUN akan menyaksikan pertandingan enam penjuru manakala lima kerusi melibatkan pertandingan lima penjuru.

” Selain itu 11 DUN menyaksikan pertandingan tiga penjuru dan sembilan DUN terlibat pula melibatkan pertandingan empat penjuru,” katanya.

Data juga menunjukkan seramai 96 calon lelaki dan 16 wanita ditampilkan kali ini dengan yang paling muda berusia 21 tahun di DUN Sungai Rambai dan calon paling tua berusia 68 tahun bertanding di Pengkalan Batu.

Sementara itu, Abdul Ghani memberitahu, bagi mematuhi penjakan fizikal, pihaknya melarang ceramah, aktiviti ziarah oleh calon atau penyokong parti ke rumah pengundi dan aktiviti walkabout.

” Calon disarankan berkempen menggunakan medium dalam talian atau media massa namun boleh berkempen melalui kenderaan yang dipasang alat pembesar suara pada waktu yang ditetapkan dengan perlu mendapat permit,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan