Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Air pasang, Bintangor dan Sarikei mula dilanda banjir

BINTANGOR, 7 Nov : Beberapa kawasan di sekitar Bintangor dan Sarikei mula dilanda banjir ekoran fenomena air pasang besar yang menyebabkan limpahan air ke beberapa kampung dan pekan di sepanjang tebing Sungai Rejang.

Ketua Balai Dan Penyelamat Bomba Bintangor, Nicholas Belulin berkata, situasi itu dijangka akan berlarutan sehingga bulan depan.

“Fenomena ini kebiasaannya berlaku sekitar dua hingga tiga jam dan mengikut pemantauan, kenaikan paras air setinggi 0.5 meter dikesan. Setakat ini tujuh kawasan terjejas,” katanya.

Bagaimanapun ujarnya, fenomena berkenaan hanya berlaku dalam tempoh singkat dan situasi terkawal.

” Namun demikian, pihak Bomba sentiasa melakukan rondaan bagi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku dan persediaan memberi bantuan awal kepada penduduk,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian Bomba ujarnya, terdapat 22 kawasan di Bintangor yang dikategori sebagai kawasan berisiko banjir. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan