Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak pertingkat usaha pelihara dan pulihara alam sekitar

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 6 Nov: Jabatan Alam Sekitar dengan kerjasama agensi-agensi lain akan mempertingkatkan usaha untuk memelihara dan memulihara alam sekitar, khususnya di Sarawak.

Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah Dan Alam Sekitar, Datu Len Talif Salleh, berkata usaha tersebut bersifat menyeluruh di mana ia merangkumi setiap peringkat usia selain aspek-aspek penting lain yang perlu dititikberatkan.

“Pelupusan alat elektronik seperti telefon bimbit, televisyen dan sebagainya, juga akan dipertimbangkan kerana alat elektronik mempunyai bahan kimia yang berbahaya kepada alam sekitar.

“Kita sedang melihat bagaimana kita dapat menangani masalah pelupusan barang elektronik itu juga,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Hari Alam Sekitar Negara 2021 Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Perpaduan RPR Batu Kawa pada Sabtu.

Dalam pada itu, penebangan hutan juga merupakan antara isu yang semakin membimbangkan memandangkan peranan hutan itu sendiri adalah untuk mengawal hakisan tanah selain mengurangkan pelepasan karbon dioksida ke atmosfera.

“Pada masa yang sama, penebangan kayu balak perlu diatasi juga.

“Kita tidak memerlukan kawasan yang luas dan besar untuk mengeluarkan kayu balak, jadi tidak bermakna hakisan tanah ataupun penebangan akan berkurangan,” tambahnya.

Untuk rekod, Sarawak memiliki 12.4 juta hektar hutan di mana enam juta hektar merupakan hutan kekal manakala sejuta hektar lagi adalah hutan terpelihara sepenuhnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan