Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
PM Ismail Sabri lancar Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Zon Timur
KINABATANGAN, 6 Nov -- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media selepas melancarkan Lebuhraya Pan Borneo Sabah Zon Timur di Dataran Tamu Pekan Kota Kinabatangan hari ini. -- fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Perdana Menteri lancar Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Zon Timur

ByBernama

KINABATANGAN, 6 Nov : Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melancarkan projek Lebuh Raya Pan Borneo Sabah Zon Timur jajaran Sandakan-Kinabatangan-Beluran-Telupid. 

Ismail Sabri berkata projek itu melibatkan tiga pakej, iaitu Pakej 28, Pakej 29 dan Pakej 30, sepanjang 58 kilometer dengan kos pembinaan RM877 juta.

Beliau berkata skop projek itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan daripada dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala, pembinaan tiga jambatan baharu, dan satu persimpangan bertingkat.

“Apabila siap kelak, laluan ini akan menyediakan akses perhubungan darat yang selesa, cekap dan selamat kepada penduduk,” katanya ketika berucap untuk melancarkan Lebuh Raya Pan Borneo Zon Timur di Dataran Tamu Pekan Kota Kinabatangan di sini.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin, dan Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Joseph Kurup. – Bernama

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan