Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Datuk Amar Jaul Samion pengerusi JPBN Sarawak baharu

KUCHING, 6 NOVEMBER: Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion telah dilantik sebagai pengerusi baharu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Perkara berkenaan dikongsi oleh Menteri Kerajaan Tempatan Dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian menerusi laman rasmi Facebook beliau.

Menerusi perkongsian tersebut, Dr Sim menjelaskan penyerahan jawatan Pengerusi JPBN Sarawak dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah kepada Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion.

Hal  ini berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang telah diumumkan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, pada Jumaat.

“Kita semua sama-sama terus menyokong JPBN Sarawak di bawah Setiausaha Kerajaan Datuk Amar Jaul Samion untuk interim 60 hari yang mencabar sehingga selepas pilihan raya. Bersama-sama, kita akan mengatasi COVID-19,” kata Dr Sim Hui Kian.

Pada masa yang sama beliau menyeru semua pihak untuk terus menyokong usaha JPBN sarawak di bawah pimpinan Datuk Amar Jaul Samion untuk tempoh interim selama 60 hari sehingga selepas Pilihan Raya Negeri (PRN).

Dr Sim yang juga Penasihat JPBN Sarawak turut menyifatkan amanah yang disandangnya sebelum pembubaran DUN sebagai satu penghormatan untuk berkhidmat dalam JPBN Sarawak terutamanya ketika tempoh Pandemik Covid-19.

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found