Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pemilihan Presiden PRS setelah PRN selesai

ByDayu Adruce

KUCHING, 5 Nov: Pemilihan untuk menggantikan mendiang Tan Sri James Jemut Masing sebagai Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) hanya akan dilakukan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) selesai.

Menurut Timbalan Presiden (PRS), Datuk Joseph Salang Gandum, pihaknya kini hanya fokus untuk bertanding di PRN yang akan datang dan belum memikirkan mengenai peneraju baharu parti mereka.

“Selepas PRN nanti kita akan bermesyuarat, dan mencalonkan beberapa nama untuk posisi dalam majlis tertinggi ”, ujarnya ketika ditemui pemberita di pejabat PRS pada Jumaat.

Bagaimanapun, segala tugas dan tanggungjawab yang ditinggalkan mendiang akan digalas olehnya buat sementara waktu sehingga parti itu membentuk jawatankuasa baru pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang hanya akan berlaku selepas PRN.

Katanya lagi, beliau turut akan dibantu Majlis Tertinggi PRS untuk menggalas tugas-tugas tersebut bagi meneruskan perjuangan mendiang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan