Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

IPD Kuching bersedia hadapi PRN-12 Sarawak

ByKhairil Zharif Affindie

KUCHING, 4 Nov : Seramai 1,781 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching termasuk bantuan luar bersedia sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 diadakan dalam tempoh terdekat.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, berkata jumlah itu melibatkan seramai 880 anggotanya di IPD berkenaan selain kekuatan 983 anggota melibatkan sembilan balai polis sebagai sokongan.

“Bagaimanapun jumlah ini akan ditambah dengan kekuatan seramai 150 anggota daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) luar seperti Pusat Latihan Polis (Pulapol), Marin, Pasukan Gerakan Udara (PGU) dan Pasukan Gerakan Am (PGA),” katanya dalam sidang media hari ini.

Ahsmon berkata demikian sebagai mengulas persediaan polis daerah itu untuk membantu kelancaran perjalanan PRN Sarawak Ke-12 yang dijangka akan berlangsung dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, beliau memberitahu setakat ini seramai 253 anggotanya yang bertugas di IPD berkenaan telah menerima suntikan vaksin penggalak semalam dan proses vaksin akan berterusan terhadap baki 250 yang layak menerima suntikan.

“Suntikan vaksin penggalak ini bukan sahaja untuk keselamatan anggota polis tetapi juga untuk orang ramai dan kami akan terus membuat kemas kini dengan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membenarkan pegawai polis yang berkelayakan untuk menerima suntikan vaksin penggalak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan