Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pengumuman PRN Sarawak dijangka esok ?

KUCHING, 4 Nov : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan sementara Sarawak kini dipercayai sedang berada pada peringkat perbincangan untuk menetapkan tarikh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12.

Penasihat Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Salawati Mat Basir berkata, beliau menjangkakan pengumuman berhubung perkara ini akan dilakukan dalam masa terdekat.

Ini kerana ujarnya, tidak ada keperluan untuk menangguhkan lagi PRN Sarawak selepas kerajaan membenarkan PRN Melaka diadakan.

” Saya melihat kerajaan Sarawak tidak bermain sentimen atau merumitkan keadaan tetapi memandangkan di Semenanjung Malaysia hari ini cuti umum, mungkin kita dapat jangkakan pengumuman esok,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menamatkan Proklamasi Darurat bagi Sarawak selepas berunding dengan Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud. 

Susulan perkembangan itu, SPR mempunyai tempoh 60 hari bagi mengadakan PRN Sarawak ke-12.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang – undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku turut mengesahkan kepada TVS bahawa Sarawak kini ditabdir oleh kerajaan sementara susulan kenyataan Istana Negara semalam.

Menerusi kenyataan media, SPR hari ini mengesahkan sudah menerima pemakluman rasmi daripada Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berhubung perkenan Yang di-Pertuan Agong menamatkan Proklamasi Darurat.

Mengulas lanjut, Salawati berkata, bagi melaksanakan PRN, kerajaan Sarawak turut mengambil kira pandangan Putrajaya walaupun secara dasarnya Kerajaan Persekutuan tidak mencampuri urusan di Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan