Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Premis judi diserbu polis, bekalan elektrik dipotong

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 4 Nov : Dalam usaha untuk mengekang premis judi yang diserbu beroperasi semula, polis bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) melaksanakan langkah pemotongan bekalan elektrik.

Tindakan berkenaan diambil terhadap dua buah premis judi yang terletak berhampiran kedai serbaneka di Bandar Sri Permaisuri, Cheras yang digempur polis baru – baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah , Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, tindakan itu dilakukan mengikut Seksyen 21 A , Akta Rumah Judi Terbuka 1953 petang semalam.

Ujarnya, polis sebelum ini menyerbu dua premis berkenaan pada 18 Oktober lalu dan menahan lapan individu kerana terlibat dengan kegiatan perjudian dalam talian.

” Hasil serbuan itu, polis telah merampas 32 buah komputer riba, satu unit perakam kamera litar tertutup (CCTV) dan wang tunai berjumlah RM904 ,” katanya menerusi kenyataan media.

Menurut Saiful Annuar, tangkapan yang dilakukan turut melibatkan empat rakyat asing yang bekerja sebagai penjaga di dua premis berkenaan.

” Mengikut akta, premis yang telah diputuskan bekalan elektrik tidak boleh disambung semula oleh pembekal tanpa mendapat kebenaran Ketua Polis Daerah,” katanya.

Beliau memberitahu, kes tangkapan perjudian itu disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 bagi penjaga premis manakala Seksyen 6(1) Akta Rumah Judi Terbuka digunakan untuk siasatan terhadap pemain terlibat. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan