Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

JPBN benarkan perlawanan bola sepak di Kuching tanpa penonton

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 3 Nov : Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak membenarkan baki perlawanan bola sepak Piala Malaysia 2021 membabitkan dua pasukan tempatan dilangsungkan di stadium di negeri ini namun tanpa kehadiran penonton.

Timbalan Pengerusi JPBN, Datuk Ik Pahon Joyik berkata, di sebalik kebenaran berkenaan, semua pemain dan pegawai pasukan perlu melengkapkan dua dos suntikan vaksin sekurang -kurangnya 14 hari sebelum perlawanan berlangsung serta menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum perlawanan.

” Kedua -dua pasukan iaitu Sarawak United FC dan Kuching City FC juga harus memastikan pematuhan prosuder operasi standard (SOP) bagi mengelakkan penularan COVID-19,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Ekoran keputusan berkenaan, Sarawak United FC (SUFC) menerusi kemaskini di media sosial memilih untuk ‘kekal’ beraksi di Lembah Klang sebagai tuan rumah kerana stadium di Semenanjung kini telah membenarkan kemasukan penonton  tertakluk kepada kapasiti dan jumlah yang ditetapkan.

” Venue pertandingan membabitkan SUFC menentang Kuala Lumpur City FC (KL City FC) yang sepatutnya berlangsung di Kuching esok terpaksa ditukar ke Stadium UiTM Shah Alam ekoran permohonan kepada JBPN untuk membenarkan penonton masuk tidak diluluskan,” jelas kenyataan menerusi media sosial hari ini.

Pada masa sama, SUFC memberitahu pihaknya masih menunggu keputusan permohonan perlawanan pada 10 November depan di Kuching untuk membenarkan penonton masuk . -TVS

Bagaimanapun, kemasukan penonton untuk perlawanan 10.11.2021 di stadium negeri masih dalam pertimbangan serta perbincangan lanjut pihak JPBN Sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan