Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Saya bukan gila kuasa – Joseph Salang Gandum

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 2 Nov: Timbalan Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS), Datuk Joseph Salang Gandum, menafikan beliau ‘gila kuasa’ kerana mahu merebut jawatan presiden parti itu yang kosong ketika ini.

Salang berkata, setakat ini tiada sebarang perbincangan dalam kalangan ahli berhubung individu yang akan ‘mengisi’ kekosongan tersebut.

Ujarnya lagi, walaupun beliau merupakan Timbalan Presiden PRS, namun ia bukan “bertaraf” Pemangku Presiden.

“Perkara ini adalah berdasarkan perlembagaan parti dan disokong oleh Majlis Tertinggi PRS.

“Bukanlah bermaksud saya akan memimpin parti ini berdasarkan spekulasi, tetapi disebabkan jawatan disandang oleh saya, itulah tugas saya. PRS tetap bersatu,” tegas beliau.

Isu itu timbul berikutan dakwaan dalam media sosial bahawa terdapat perebutan kuasa dalam kalangan pemimpin PRS susulan pemergian presiden parti tersebut, mendiang Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing.

Terdahulu mesyuarat PRS pada Ahad telah berbincang mengenai beberapa perkara iaitu untuk membantu ahli keluarga mendiang yang menghadapi masa yang sukar kini.

“Setiap ahli memberikan pandangan mereka masing-masing untuk membantu ahli keluarga mendiang, bukanlah atas agenda peribadi mereka,” kata Salang. -TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan