Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Beri masa kepada Parti Rakyat Sarawak (PRS) -Karim

ByFebbright James

KUCHING, 2 OKT: Parti Rakyat Sarawak (PRS) diyakini dapat menyelesaikan isu kekosongan kerusi presidennya susulan kematian Tan Sri Dr James Jemut Masing pada Sabtu lepas.

Menyuarakan keyakinan itu, Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ini kerana PBS mempunyai ramai pemimpin pelapis serta tokoh politik yang berpengalaman luas .

“Beri mereka (GPS) sedikit masa, saya percaya mereka akan dapat menentukan siapa yang layak menggantikan mendiang (Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing) kelak.

“Dalam perlembagaan, sudah dinyatakan bahawa Timbalan yang akan menyandang jawatan tersebut buat sementara waktu sebelum pemilihan presiden yang baharu diadakan,” katanya.

Tambahnya lagi, beliau berharap ahli parti tersebut dapat menjalankan amanah dengan baik dan menjaga parti tersebut sebagai penghormatan kepada mendiang agar perjuangan mendiang dapat diteruskan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Penyerahan Insentif kepada atlet Sarawak yang memenangi Pingat di Sukan Paralimpik 2020 di Tokyo disempurnakan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sini, hari ini.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan