Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Perhimpunan GPS ditangguhkan bagi mematuhi arahan KKM

ByFebbright James

KUCHING, 2 OKT: Perhimpunan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang sepatutnya diadakan pada 7 November ini akan ditangguhkan berikutan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tidak membenarkan sebarang perhimpunan sosial termasuk politik diadakan.

Menurut Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PPB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, perhimpunan tersebut ditangguhkan bagi menghormati peraturan yang ditetapkan KKM.

“Ini satu keputusan yang bertanggungjawab dibuat oleh GPS bagi mengelakkan tercetusnya kluster perhimpunan GPS,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media di Wisma Bapa Malaysia selepas menyampaikan insentif kepada dua atlit paralimpik hari ini.

Menurutnya, perhimpunan tersebut sepatutnya diadakan di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK) pada 7 November.

Walaubagaimanapun, beliau memaklumkan tiada sebarang tarikh baharu perhimpunan tersebut setakat ini melainkan diadakan secara atas talian.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan