KUALA LUMPUR, 2 Nov : Seramai 18 penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) didapati bersalah atas tuduhan mencederakan, membunuh dan bersubahat untuk membunuh pegawai kadet laut UPNM, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, empat tahun lalu.
Ketika membaca keputusan itu pada Selasa, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azman Abdullahenam berkata, tertuduh didapati bersalah di bawah Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan bersubahat untuk membunuh arwah.
Pada 8 April lepas, pihak pembelaan menutup kesnya selepas memanggil 18 penuntut UPNM dan dua saksi lain, iaitu Ketua Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Rohayu Shahar Adnan, dan penuntut UPNM, Muhammad Alif Farhan Aerosni, pada prosiding membela diri yang bermula pada 2 Oktober 2019.
Pada 31 Julai 2019, Mahkamah Tinggi memerintahkan 18 pelajar UPNM terbabit, yang kesemuanya berusia 25 tahun, untuk membela diri terhadap pertuduhan membunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Zulfarhan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka pada akhir kes pendakwaan itu.
Berita selanjutnya dalam Utama TVS pada jam 8.00 malam ini.