Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
(FILES) In this file photo taken on March 12, 2020, a man wears a facemask, amid fears over the spread of the COVID-19 novel coronavirus, at Saloma Link Bridge in Kuala Lumpur. - Malaysia's economy suffered its worst contraction in more than 20 years during the second quarter, hit by a collapse in global trade and tough curbs to contain the coronavirus, the central bank said on August 14. (Photo by Mohd RASFAN / AFP)

Bajet 2022: Cadangan penambahbaikan cukai dibuat agar lebih adil dan bermanfaat

KUALA LUMPUR, 1 Nov: Cadangan penambahbaikan cukai seperti diumumkan dalam Bajet 2020 tidak hanya bertujuan meningkatkan hasil negara, sebaliknya bagi memastikannya adil untuk semua selain Malaysia kekal sebagai negara yang mesra perniagaan.

Ketua Seksyen Bahagian Cukai (Antarabangsa II) Kementerian Kewangan Ezleezan Othman berkata sebagai contoh, pengenalan cukai jualan bagi barangan bernilai rendah dari luar negara yang dijual secara dalam talian dan dihantar kepada pengguna di Malaysia melalui kurier udara.

“Cukai jualan tersebut adalah bagi memastikan aspek sama rata dengan peniaga tempatan yang turut dikenakan cukai.

“Kita juga ingin menggalakkan aktiviti pengilangan di dalam negara dan itulah sebabnya kita mengambil pendekatan dengan mengenakan cukai jualan ke atas barangan bernilai rendah itu,’’ katanya dalam program wawancara Analisis Bajet 2022: Memangkin Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB2030) Radio Televisyen Malaysia yang disiarkan malam ini.

Menjelaskan selanjutnya, Ezleezan berkata aspek saksama itu turut dipertimbangkan bagi cadangan berkaitan cukai keuntungan atau Cukai Makmur bagi memastikannya ia adil untuk semua sektor.

Ini memandangkan pada masa ini, kerajaan hanya mengenakan cukai keuntungan luar biasa ke atas produk kelapa sawit, katanya. 

Beliau berkata, secara asasnya, perundangan bagi cukai keuntungan luar biasa hanya dikenakan kepada barangan, tetapi tidak membabitkan perkhidmatan atau keuntungan.

“Jika hendak perluaskan skop penggunaan akta (berkaitan) ke atas keuntungan syarikat ataupun perkhidmatan, agak sukar kerana memerlukan pindaan perundangan dan sebagainya yang akan memakan masa lama.

“Oleh itu, bagi memastikan cukai yang lebih adil, kita perkenalkan Cukai Makmur supaya ia boleh dikenakan ke atas semua jenis perniagaan yang mengeluarkan barangan serta perkhidmatan dengan penetapan nilai ambang,” katanya.

Mengulas pengecualian penuh bagi duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV), Ezleezan berkata langkah itu diharapkan dapat menyokong pembangunan industri tempatan yang akhirnya memberi kesan kepada harga serta manfaat untuk rakyat dan alam sekitar.

Selain itu, beliau juga yakin bahawa sasaran Bajet 2022 membabitkan pewujudan 600,000 peluang pekerjaan baharu pada 2022 akan dapat dicapai.

Menurutnya, sejajar dengan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2021 pada 3.0-4.0 peratus, Malaysia dijangka dapat menyediakan sejumlah 400,000 peluang pekerjaan baharu dengan sasaran 500,000 pekerjaan menjelang akhir tahun ini.

Bagi tahun depan, Malaysia menyasarkan pertumbuhan KDNK pada 5.0-6.0 peratus.

— BERNAMA

Tags: #bm, bajet2022

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan