Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Kompaun dikeluarkan kepada parti politik kerana gagal patuh SOP

ByBernama

MELAKA, 31 Okt: Kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), menyebabkan parti politik dikompaun di Melaka.

Ketua Polis Melaka Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata antara pelanggaran SOP yang dilakukan adalah menggalakkan orang ramai berkumpul di sesuatu tempat, tiada penjarakan fizikal, tidak memakai pelitup muka, tidak menyediakan Kod QR MySejahtera dan cecair pembasmi kuman.

“Kita mengambil tindakan tanpa memilih parti, kerana keutamaan kita adalah (untuk) menjaga keselamatan awam. Kami ‘buta warna’ tentang parti politik, kerana polis adalah agensi kerajaan yang dipertanggungjawabkan untuk mendaulatkan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas operasi Op Jihad Dadah di Krubong hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dua kompaun yang telah dikeluarkan di Melaka, membabitkan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) pada 27 Okt lepas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada semalam.

Mengenai jumlah kompaun yang dikenakan, Abdul Majid berkata mana-mana pihak yang tidak berpuas hati boleh merujuk kepada Kementerian Kesihatan untuk rayuan pengurangan.

Dalam perkembangan lain, Abdul Majid berkata jumlah tangkapan penagih dadah di negeri ini meningkat sebanyak 16.4 peratus kepada 1,629 orang dalam tempoh 1 Jan hingga semalam, berbanding 1,399 orang dalam tempoh sama tahun lepas.

Beliau berkata usaha memerangi aktiviti penagihan dadah menerusi Op Jihad Dadah akan terus diperkasakan, dan setakat ini enam lokasi dikenal pasti sebagai kawasan panas penagihan iaitu di Krubong, Tanah Merah Jaya, Pantai Kundor, Bukit Tembakau, Kampung Berangan Enam dan Ayer Hitam Pantai.

— BERNAMA

Tags: #bm, PRN, sop

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan