Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sarawak tingkat rangkaian komunikasi luar bandar menerusi SALURAN

ByLuqman Muhammad

LAWAS, OKTOBER 31: Sarawak kini giat meluaskan liputan komunikasi ke kawasan luar bandar menerusi inisiatif Sarawak Linking Urban Rural And Nation-Sarawak Rural Broadband Network Saluran-MySRBN) .

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, ini bagi memastikan rakyat dapat menikmati rangkaian komunikasi yang lebih baik dengan menyertai ekonomi digital yang merangkumi pelbagai spektrum seperti pendidikan, perdagangan, kewangan dan perbankan.

“Saya dengan rakan-rakan (Kerajaan Sarawak ) berbincang untuk memastikan penduduk luar bandar mendapat perkhidmatan terbaik, jadi kerajaan cari jalan dan inilah peluang untuk MySBRN menggunakan satelit jadi kita akan saling berhubung menggunakan satelit.

“Walaupun memperuntukan belanja yang besar, kerajaan Sarawak dibawah pentadbiran GPS sedia untuk menanggungnya,” kata Abang Johari.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Pelancaran Sarawak Linking Urban Rural And Nation- Sarawak Rural Broadband Network (Saluran- MyBSRN) di Kampung Tengah Trusan, Lawas pada Ahad.

Inisiatif tersebut dilaksanakan melalui kerjasama pelbagai agensi Kerajaan Sarawak seperti Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC), dan Sains Serta Kerajaan Persekutuan melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Tambah Abang Johari, fokus utama kerajaan Sarawak melalui Strategi Ekonomi Digital Sarawak 2018-2022 adalah untuk meningkatkan kebolehcapaian dan mengurangkan jurang digital antara kawasan luar bandar dan bandar di negeri ini.

Dalam menyambut baik usaha kerajaan itu, masyarakat di Lawas turut berbesar hati selain meluahkan keterujaan apabila kawasan utara itu semakin diberi perhatian dalam konteks jaringan komunikasi.

Menurut seorang pelajar, Farid Adam, inisiatif ini bakal memberi manfaat yang besar kepada mereka untuk menikmati kemudahan internet yang semakin dituntut dalam norma baharu ini.

Seorang lagi pelajar, Putri Biniyeana, melihat usaha sebagai sesuatu yang sangat baik untuk meningkatkan dan mengembangkan lagi jaringan internet di Sarawak.

“Saya rasa usaha itu sangat bags dan nampak baik sebab dapat membantu pelajar yang sekarang terpaksa menghadapi pembelajaran secara atas talian (online).

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan