KUCHING, 31 Okt : Kematian mendiang Tan Sri James Jemut Masing awal pagi tadi disahkan akibat komplikasi jantung.
Menurut Inspektor Ketenteraman Awam Daerah (IKAD) melalui Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), bedah siasat yang dilakukan ke atas jenazah mendapati James Jemut meninggal dunia akibat komplikasi jantung pada jam 7.05 pagi tadi di Pusat Pakar Perubatan Normah, Kuching.
” Ujian COVID -19 yang dilakukan terhadap mendiang mendapati keputusan negatif,” jelas kenyataan berkenaan.
James Jemut, 72, sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak (HUS) setelah positif COVID-19 pada 29 September lalu dan difahamkan mendiang telah menerima suntikan lengkap dos vaksin.
Menurut kenyataan itu lagi, jenazah mendiang akan dibawa ke kediamannya di alamat No. 39B Metro, Jalan Datuk Ong Tiang Sew, Sekama di sini. -TVS
Kemaskini: Jenazah Tan Sri James Masing mendiang telah telah di rumahnya pada jam kira-kira 12.35 tengah hari tadi.