Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fadillah Yusof, Nancy Shukri turut berduka pemergian James Masing

Fadillah Yusof, Nancy Shukri turut berduka pemergian James Masing

KUCHING, 31 Oktober: Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof turut bersedih menerima perkhabaran duka pemergian Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing hari ini.

Fadilah berkata, Sarawak kehilangan seorang pemimpin veteran yang berwibawa, komited dan penuh berpengalaman, yang telah banyak berjasa kepada rakyat Sarawak.

“Beliau juga telah banyak berjasa kepada rakyat Sarawak khususnya dalam memberi sumbangan besar kepada pembangunan negeri.

“Pemergian beliau satu kehilangan besar bukan sahaja kepada Sarawak, malah kepada Malaysia secara umumnya,” katanya menerusi cacatan Facebooknya.

Turut bersedih atas kepergian Masing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato’ Sri Nancy Shukri yang juga Ahli Parlimen Batang Sadong.

“Sarawak kehilangan seorang pemimpin yang hebat dan beliau berdoa agar mendiang bersemadi dengan aman,” katanya.

Sementara itu, Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak turut bersedih menerima khabar duka kepergian Tan Sri Masing yang juga Timbalan Ketua Menteri.

Beliau menyifatkan Masing sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar kepada rakyat negeri Sarawak.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan