Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

‘Sarawak kehilangan seorang pemimpin berwibawa’ – Abdul Karim

KUCHING, 31 Okt: Sarawak kehilangan seorang pemimpin berwibawa.

Demikian luahan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah susulan pemergian mendiang Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing.

Katanya, mendiang merupakan Timbalan Ketua Menteri yang dihormati setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Kepimpinan beliau terserlah sepanjang penglibatan dalam bidang politik terutamanya dalam memperjuangkan nasib dan kesejahteraan rakyat di luar bandar.

“Selama tempoh perkhidmatan dalam kerajaan negeri Sarawak sebagai wakil rakyat dan ahli kabinet negeri, mendiang telah banyak membawa perubahan kepada rakyat di luar bandar khasnya di Kapit,” katanya dalam satu kenyataan.

Malahan tambah Abdul Karim, fokus perkhidmatan dan sasaran yang telah diusahakan mendiang adalah bertujuan untuk kesejahteraan rakyat.

“Hasil titik peluh mendiang begitu cemerlang sehingga menjadi contoh tauladan terbaik kepada pemimpin seangkatan dan juga pewaris kepimpinan yang akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda PBB, Datuk Gerald Rentap Jabu, ia merupakan kehilangan besar tokoh politik, anak jati Sarawak dan kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Mendiang memang seorang yang lantang mengeluarkan pendapatan beliau terutamanya yang berkaitan dengan kebaikan masyarakat dayak, pendidikan, agama, dan perpaduan rakyat.

“Kita merakamkan ucapan takziah kepada Puan Sri Corrine Masing seisi keluarga,” katanya ketika dihubungi TVS.

Masing, 72, meninggal dunia di Pusat Perubatan Normah Sarawak kira-kira pukul 7.05 pagi Ahad.

Sebelum ini, Masing yang juga Presiden PRS telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Umum Sarawak (HUS) pada September lepas kerana disahkan positif COVID-19 sebelum dipindahkan ke Pusat Perubatan Normah Sarawak untuk rawatan susulan.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan