Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Karaoke berbilik dibenarkan di Sarawak mulai 1 November ini

KUCHING, 30 OKTOBER: Pusat hiburan keluarga iaitu karaoke berbilik yang bertempat di pusat membeli belah dibenar beroperasi mulai 1 November ini.

Bagaimanapun Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataannya berkata pengoperasian ini perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

Untuk sebarang keterangan lanjut berhubung SOP, orang ramai bolehlah merujuk di laman sesawang: https://sarawakdisastermc.com/

Dalam pada itu menurut JPBN  Sarawak telah merekodkan sebanyak 646 kes baharu jangkitan Covid-19 hari ini dengan 634 daripadanya merupakan kes-kes daripada kategori 1 dan 2 sementara 12 kes adalah kategori 3,4 dan 5.

Daerah Kuching masih lagi mencatatkan kes harian tertinggi iaitu 166 kes, diikuti Miri 115 kes, Lawas 63 kes, Sibu 62 kes, Bintulu 31 kes, Limbang dan Saratok masing-masing 28 kes.

Daerah lain mencatatkan bawah 20 kes.

Tags: JPBN, sarawak

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan