Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 6 Dis -- Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg (tengah) menerima kunjungan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Ramli Din di Wisma Bapa Malaysia hari ini. Turut hadir Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Abdullah Saidol (kanan). -- fotoBERNAMA (2019) HAK CIPTA TERPELIHARA

Cuti Deepavali di Sarawak masih dalam perbincangan

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 30 OKTOBER : Sarawak masih dalam peringkat perbincangan untuk menjadikan perayaan Deepavali sebagai cuti umum, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu mengkaji tarikh-tarikh umum cuti umum lain yang diwartakan kerana terdapat had jumlah cuti umum di Sarawak.

“Saya tidak dapat menetapkan cuti umum Deepavali buat masa ini kerana kita perlu melihat tarikh cuti umum yang lain di negeri ini.

“Mungkin kita perlu mencari satu tarikh cuti umum sebagai ganti untuk cuti umum Deepavali,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita TVS di Family Cafe, Kuching pada Sabtu.

Abang Johari berkata, kerajaan negeri sebenarnya masih melihat cuti umum yang diwartakan.

Bagaimanapun, beliau berharap cuti umum Deepavali juga akan dapat dilaksanakan di negeri ini, pada masa akan datang.

Sehubungan itu, beliau mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua masyarakat India di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

Pada Khamis, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata permohonan bagi mendapatkan cuti umum perayaan Deepavali terletak kepada Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari TUn Openg.

“Saya boleh mengajukan permintaan ini. Bagi saya, tiada masalah namun keputusan itu perlu dilihat daripada aspek lain contohnya berapa bilangan cuti umum yang diberikan kepada Sarawak dan sebagainya,” jelasnya lagi.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan