Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Buruh ditahan rogol gadis bawah umur hingga hamil

JULAU, OKTOBER 29: Seorang lelaki dalam lingkugan usia 30an ditahan pada Khamis selepas disyaki merogol seorang gadis bawah umur di daerah Pakan di sini.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan, Andam Sulin berkata, suspek yang bekerja sebagai buruh telah ditahan di sebuah rumah panjang di Pakan berikutan laporan polis t oleh petugas klinik Kesihatan Kanowit pada 28 Oktober lalu.

Katanya, kes itu terungkai selepas ibu mangsa menyedari mangsa mengandung selepas membawa anak gadisnya berusia 15 tahun membuat pemeriksaan di sebuah klinik swasta di sibu pada 7 Oktober lalu.

“Kes itu mula terbongkar apabila ibu mangsa telah menyedari anak gadisnya mengandung selepas diberitahu oleh doktor di sebuah klinik swasta di sibu pada 7 Oktober yang lalu.

“Mangsa sekali lagi telah dibawa ibunya untuk menjalani pemeriksaan di klinik kesihatan kanowit pada 28 oktober di mana mangsa telah disahkan hamil 20 minggu dua hari.

“Siasatan polis mendapati suspek ialah teman lelaki mangsa,” kata Andam.

Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found