Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Bajet 2022 : Kementerian Pendidikan terima peruntukan terbesar RM52.6 bilion

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR , 29 Okt : Dalam usaha menyediakan pendidikan berkualiti, kerajaan memberikan peruntukan terbesar kepada Kementerian Pendidikan iaitu sebanyak RM52.6 bilion menerusi Bajet 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, jumlah berkenaan mewakili 16 peratus daripada keseluruhan anggaran perbelanjaan Kerajaan Persekutuan pada tahun depan.

Pada masa sama, beliau menjelaskan, Kementerian Pengajian Tinggi pula bakal menerima peruntukan sebanyak RM14.5 bilion.

” Bagi tahun depan, kerajaan bersetuju untuk menyediakan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150 iaitu meningkat berbanding RM100 sebelum ini.

” Sejumlah RM450 juta telah diperuntukkan yang dijangka akan memanfaatkan seramai tiga juta murid yang layak di seluruh negara,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan