Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Songket Sarawak jadi pilihan Tengku Zafrul bentang Bajet 2022

MENTERI Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kelihatan segak mengenakan baju Melayu berwarna pic lembut (soft peach) lengkap dengan sampin Songket Sarawak pada Pembentangan Bajet 2022, hari ini.

Pemakaian sampin yang dibawa khas dari Sarawak itu telah mencuri tumpuan ramai kerana difahamkan sampin tersebut dihasilkan sepenuhnya oleh Komuniti usahawan dari Rajang, Sarawak.

Songket Sarawak yang bermotifkan Kain Berjalur dan Pucuk Rebung ini membawa maksud harapan serta kesetiaan dan mengambil masa tiga bulan untuk dihasilkan.

“Pada kesempatan ini, ucapan tahniah saya zahirkan kepada Kerajaan Sarawak kerana telah mewujudkan sebuah pusat kemahiran teknikal iaitu Centre of Technical Excellence Sarawak (CENTEXS) yang berjaya membantu komuniti usahawan tempatan Sarawak dari segi latihan kemahiran untuk menghasilkan produk warisan.

“Ia juga selaras dengan usaha kerajaan dalam membantu penduduk tempatan terutamanya golongan B40 yang benar-benar memerlukan dan saya harap usaha ini akan diteruskan serta dicontohi semua,” katanya dalam sebuah perkongsian video.

Sementara itu, Pengurus Besar Centexs Commercial, Mohamad Shahren Mohamad Yusri  berkata pihaknya telah dihubungi Kementerian Kewangan susulan hajat Menterinya yang mahu mengenakan Songket Sarawak di Parlimen khas ketika Pembentangan Bajet 2022.

Jelasnya, pihak CENTEXS telah membawa pelbagai corak dan motif songket dari Sarawak ke pejabat Kementerian Kewangan di Putrajaya untuk dipilih oleh Tengku Datuk Seri Zafrul sendiri.

“Saya percaya keputusan Tengku Datuk Seri Zafrul mengenakan Songket Sarawak pada hari penting sebegini secara tidak langsung menjadikannya sebagai duta produk-produk warisan negeri ini yang mana membantu dari segi pemasarannya.

“Selain itu, ia juga memberi makna bahawa produk-produk warisan dari Sarawak perlu diketengahkan susulan keunikan yang ada pada produk berkenaan sekaligus membantu usahawan-usahawan yang menghasilkan songket sebegini,” katanya kepada TVS, pada Jumaat.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan