Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
MARAN, 16 Jun -- Petugas barisan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyuntik vaksin COVID-19 kepada Orang Asli suku Semelai pada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan di Kampung Paya Besar hari ini. Petugas barisan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilihat cekal kerana sanggup turun hingga ke kawasan pedalaman bagi memastikan semua rakyat menerima vaksin sebagai langkah bagi mencegah penularan wabak COVID-19. --fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Bajet 2022 : Kementerian Kesihatan dapat peruntukan kedua tertinggi RM32.4 bilion

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR , 29 Okt : Kementerian Kesihatan menerima peruntukan berjumlah RM32.4 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan menerusi Bajet 2022.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, peruntukan berkenaan merupakan kedua yang terbesar selepas Kementerian Pendidikan.

Ujar beliau, peperangan negara menentang pandemik COVID-19 yang belum berakhir menyebabkan kerajaan menyediakan tambahan RM4 bilion khusus untuk meneruskan agenda memerangi virus berkenaan.

” Manakala RM2 bilion disediakan kerajaan bagi meningkatkan kapasiti fasiliti perkhidmatan kesihatan awam seperti pembelian bekalan ubat, bahan guna habis, pakaian perlindungan diri (PPE) dan kit kesihatan,” katanya ketika membentangkan Bajet 2022 di Dewan Rakyat hari ini.

Menurutnya, kerajaan juga bercadang untuk melaksanakan perolehan ubat antiviral yang didapati berkesan terhadap pelbagai virus termasuk COVID-19.

” Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan terus diperkasakan bagi membekalkan dos ketiga sebagai vaksin penggalak kepada semua orang dewasa di samping meneruskan vaksinasi kepada anak -anak berusia 12 hingga 17 tahun,” katanya.

Menurutnya, kerajaan telah menandatangani perjanjian untuk mendapatkan 88 juta dos iaitu bersamaan lebih 140 peratus penduduk dan cukup untuk memberi dos ketiga kepada semua penduduk dewasa berusia 12 tahun dan ke atas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan