KUALA LUMPUR, 29 Okt : Bajet 2022 yang ketika ini sedang dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri Kewangan , Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyediakan peruntukan tertinggi berjumlah RM332.1 bilion.
Menurut Tengku Zafrul, ia merupakan nilai tertinggi berbanding bajet -bajet sebelum ini.
” Sebanyak RM233.5 bilion diperuntuk bagi belanja mengurus, RM75.6 bilion untuk pembangunan dan RM23 bilion untuk Kumpulan Wang COVID-19,” katanya.
Bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera, Bajet 2022 dibentangkan dengan tiga fokus utama iaitu Rakyat Yang Sejahtera, Perniagaan Yang Berdaya Tahan dan Ekonomi Yang Makmur dan Mampan.
Ketika ini masih berlangsung perincian Bajet 2022 yang dijangka selesai pukul 6 petang ini. -TVS