Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Belanjawan 2022: Sarawak perlu suntikan yang besar

KUCHING, 29 Okt: Pembentangan Belanjawan 2022 pada hari ini diharap dapat terus menyuntik sumbangan besar kepada Sarawak, kata pensyarah di Jabatan Sosiobudaya Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Prof. Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.

Menurutnya, Sarawak antara negeri yang perlu diberi tumpuan utama untuk dibangunkan memandangkan perkara tersebut antara perkara-perkara yang disebut-sebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Rancangan Malaysia Ke-12.

“Peruntukan ini perlu dilihat dalam konteks untuk meningkatkan lagi bekalan air bersih, meningkatkan lagi aspek bekalan elektrik, kemudahan kesihatan dan kemudahan awam,” jelasnya.

Dalam pada itu, tambah Dr Awang Azman, kerajaan juga perlu melihat kepada keperluan untuk membantu para peniaga kecil yang terkesan akibat COVID-19.

“Pada masa yang sama, saya kira perlu adanya program-program khusus bagi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), iaitu golongan peniaga bersaiz kecil dan sederhana perlu diberikan perhatian dan bantuan dalam konteks Sabah dan Sarawak, di mana mana kita tahu pandemik COVID-19 telah memberi kesan atau menjejaskan pihak yang terlibat.” tambahnya.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, dijadual membentangkan Belanjawan 2022 pada petang ini. – TVS

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan