Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Badminton terbuka Malaysia dibatalkan dua tahun berturut-turut

KUALA LUMPUR, 29 Okt — Persekutuan Badminton Dunia (BWF) hari ini mengesahkan bahawa Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia dibatalkan buat tahun kedua berturut-turut.

Tanpa menyatakan sebarang sebab, BWF selaku badan induk dunia mengumumkan pembatalan kejohanan ‘Jelajah Dunia Super 750’ itu bersama pengumuman jadual baharu kalendar 2022 dalam laman sesawang rasmi mereka, www.bwfbadminton.com.

Terbuka Malaysia 2021 pada asalnya dijadualkan berlangsung pada 25-30 Mei di Arena Axiata, sebelum ditangguhkan pada awal Mei, disebabkan peningkatan kes COVID-19 pada ketika itu.

Edisi 2020 yang dijadualkan pada 31 Mac sehingga 5 April tahun lepas juga telah dibatalkan akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sementara itu BWF mengumumkan bahawa Terbuk Malaysia tahun hadapan dijadualkan berlangsung dari 28 Jun hingga 3 Julai, diikuti dengan Masters Malaysia 5-10 Julai.

Mengikut kalendar yang dikeluarkan itu, musim 2022 akan bermula di India dengan tiga kejohanan berturut-turut iaitu Terbuka India dari 11-16 Jan, Antarabangsa India Syed Modi (18-23 Jan), Terbuka Odisha (25-30 Jan), dan All England pada 16-20 Mei.

Peringkat Akhir Piala Thomas dan Piala Uber 2022 akan berlangsung dari 8-15 Mei di Bangkok, Thailand dan Kejuaraan Dunia dihoskan Jepun dari 21-28 Ogos, manakala musim 2022 akan ditutup dengan Jelajah Dunia BWF Akhir yang akan berlangsung 14-18 Dis di Guangzhou, China.

Setiausaha Agung BWF Thomas Lund berkata, kalendar tahun hadapan mempunyai beberapa kejohanan kluster yang dirancangkan, bagi mengurangkan kesukaran masalah pergerakan antara negara.

“Sudah tentunya kejohanan pada 2022 akan mengenakan arahan keselamatan BWF. Bagaimanapun BWF berharap perubahan secara beransur-ansur dalam melaksanakan kejohanan dengan pengurangan sekatan COVID-19, pada ketika secara perlahan-lahan kembali kepada keadaan normal dengan pengurangan sekatan dalam penganjuran acara antarabangsa,” katanya.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan