Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Budak 4 tahun kunci leher ibu dengan kekunci basikal

HUAIAN, China – Seorang wanita terpaksa meminta bantuan pihak keselamatan untuk membuka kekunci basikal pada lehernya selepas ‘dikunci’ oleh anaknya yang berusia empat tahun.

Menurut wanita berkenaan, kejadian berlaku ketika dia sedang mencuci tandas dan didatangi anaknya dan terus ‘memasang’ kekunci pada lehernya.

Katanya, pada mulanya dia tidak risau kerana mengingati kod kekunci berkenaan.

“Namun saya mula berasa panik apabila tidak boleh membukanya. Ini kerana anak saya telah menukar kod berkenaan dan dia tidak dapat mengingatinya,” katanya.

Video kejadian pada 7 Oktober lalu telah tular di media sosial di China apabila anggota polis dilihat cuba membantu wanita itu membuka kekunci basikal namun gagal.

Menurut laporan portal Odditycentral, polis terpaksa meminta bantuan anggota bomba untuk memotong kekunci basikal berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan