Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
sarawak tertinggi vaksin dos penggalak
sarawak tertinggi vaksin dos penggalak

Vaksin COVID-19: 24.16 juta populasi negara lengkap divaksinasi

KUALA LUMPUR, 28 Okt: Seramai 24.16 juta individu atau 74 peratus daripada populasi keseluruhan  negara telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.

Menerusi data portal COVIDNOW , Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, 77.9 peratus atau 25.43 juta daripada  keseluruhan penduduk telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Setakat ini, seramai 22.21 juta individu atau 94.9 peratus  populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Manakala, 97.6 peratus atau 22.83 juta populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Lembah Klang mencatat jumlah tertinggi diberikan dos kepada golongan dewasa iaitu 115 peratus diikuti Labuan (101.4 peratus) dan Negeri Sembilan (101 peratus)

Manakala Pulau Pinang (98.5 peratus), Perlis (97.1 peratus), Johor (96.2 peratus), Melaka (91.8 peratus), Terengganu (91 peratus) dan Sarawak (90.9 peratus).

Ia diikuti Kedah (86.1 peratus), Perak (85.7 peratus) dan Pahang (84.5 peratus).

Paling rendah adalah Sabah (72.7 peratus), diikuti Kelantan (78.2 peratus).

Selain itu, seramai 1.95 juta atau 62 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Pada Isnin, sebanyak 147,242 dos tambahan diberikan melibatkan kedua-dua populasi tersebut.

Ia menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) adalah 49.58 juta dos.

PICK dilancarkan pada 24 Februari lalu bagi memberikan suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan