Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

STU Berharap Usaha Baik Pulih Sekolah Daif Dipercepatkan

ByFebbright James

KUCHING, 27 Oktober: Kesatuan Guru Sarawak (STU) mendesak agar usaha membaik pulih sekolah daif di Sarawak dapat dilaksanakan dengan kadar segera.

Presiden (STU), Adam Prakash berkata hal ini demikian bagi memastikan keselesaan dan keselamatan para pelajar berada dalam tahap yang optimum.

“Kita berharap usaha ini dapat dibuat dengan segera agara usaha mendidik anak-anak boleh dilakukan dalam keadaan yang kondusif, selamat demi menjamin  keadaan yang selesa untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

“Pendekatan yang diambil oleh Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin yang turun padang melihat sendiri  keadaan sekolah daif di Sarawak adalah satu pendekatan yang positif,” katanya ketika dihubungi pemberita TVS pada hari rabu.

Menerusi langkah sedemikian beliau dapat melihat secara langsung keadaan sekolah daif yang memerlukan bantuan serta penambahbaikkan dengan kadar segera.

Dalam pada itu, STU turut berharap agar inisiatif terbabit juga dapat dilaksanakan sebelum sekolah dibuka sepenuhnya secara fizikal kelak agar tiada jurang perbezaan kualiti pendidikan  bandar dan di luar bandar.

Sebelum ini, Dr Radzi Jidin semasa mengadakan lawatan ke sekolah-sekolah di Sarawak memaklumkan kerajaan akan terus memfokuskan usaha membaik pulih sekolah daif di sarawak dan dalam proses menyelesaikan isu pemutihan tanah.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan