Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
People fill the petrol into his car in a petrol station in Kuala Lumpur. AZHAR MAHFOF/The Star

RON95 dan Diesel kekal, RON97 naik 10 sen

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Harga runcit petrol RON97 naik 10 sen seliter kepada RM2.97 mulai esok hingga 3 Nov, menurut Kementerian Kewangan.

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter bagi tempoh sama.

Menurut kementerian itu, ia berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

 “(Ia) sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan