Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Isu sekolah daif Sarawak: Pembaikan dan penaiktarafan akan mengutamakan sekolah berstatus “tidak selamat” – Radzi

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 26 OKTOBER: Sekolah-sekolah daif di Sarawak yang berstatus “tidak selamat” akan diutamakan bagi tujuan pembaikian dan penaiktarafan setelah mendapat pengesahan dari agensi-agensi berkaitan, kata Menteri Kanan Pendidikan Dr Radzi Jidin.

Jelasnya, antara perkara asas yang perlu diselesaikan dalam isu sekolah daif terlebih dahulu ialah berkaitan dengan status pemilikan tanah.

“Kita perlu menyelesaikan pemutihan tanah itu terlebih dahulu kerana selagi tanah itu tidak ditukar hak milik kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan, kita tidak boleh membina bangunan sekolah di tanah terbabit,” jelas Radzi.

Tambah Radzi, keutamaan akan diberikan terhadap sekolah daif pada skala enam dan tujuh yang bermaksud “tidak selamat” didahulukan, dinaikkan taraf atau dibina semula.

Jelasnya, skala tujuh pula merujuk kepada bangunan yang tidak selamat dengan pengesahan dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Kemudian, kita akan melihat bangunan berskala enam, di mana Jabatan Pendidikan Negeri yang memaklumkan bahawa bangunan-bangunan tersebut tidak selamat.

“Bukan sahaja membabitkan sekolah yang struktur fizikalnya daif tetapi ada juga sekolah yang masih elok namun kerap berdepan masalah banjir selain berlaku pergerakan tanah di tapak sekolah itu,”

“Pemeriksaan lanjut turut dilakukan dari semasa ke semasa kerana situasi tersebut adalah bersifat dinamik,”katanya selepas lawatan kerja rasmi ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Samariang pada Selasa.

Jelas beliau, keutamaan untuk melaksanakan projek pembangunan semula atau menaiktaraf bangunan sekolah yang tidak selamat digunakan akan ditentukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Beliau yang tiba di Sarawak sejak Jumaat telah melawat sebanyak 18 buah sekolah di sini bagi meneliti dan mengkaji infrastruktur sedia ada yang memerlukan penambahbaikan.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan