Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Semakan status Bantuan Kehilangan Pendapatan boleh dibuat mulai hari ini

Menyedari kesusahan rakyat yang terkesan akibat hilang punca pendapatan untuk meneruskan kehidupan seharian, kerajaan mengumumkan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 dan akan diberikan secara one-off bermula hari ini (26 Oktober 2021).

Ia merupakan usaha kerajaan untuk memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutama sekali kumpulan sasar yang terjejas akibat pendemik Covid-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan tersebut akan memberi manfaat kepada hampir 870,000 individu yang telah hilang pendapatan pada tahun 2021.

Kesemua bantuan berkenaan melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Menurutnya, BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PERKESO dalam tahun 2021.

Dalam pada itu, semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai hari ini melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my.

Kriteria kelayakan BKP adalah berdasarkan data caruman KWSP dan PERKESO seperti berikut:

1. Mempunyai caruman KWSP / PERKESO sekurang-kurangnya 6 bulan pada tahun 2020; dan

2. Tiada caruman sekurang-kurangnya selama 3 bulan berturut-turut sehingga 30 Jun 2021 (Caruman April, Mei, Jun 2021).

Pembayaran dibuat berdasarkan kaedah pembayaran seperti berikut

1. Pengkreditan ke akaun bank

Pembayaran berdasarkan maklumat akaun bank yang dilaporkan pada BPR / BKC / GKP sekiranya penerima turut menerima bantuan berkenaan atau berdasarkan Akaun Bank BSN yang berstatus aktif.

2. Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN)

Tidak melaporkan maklumat akaun bank semasa permohonan BPR / BKC / GKP atau Tidak mempunyai akaun bank BSN yang berstatus aktif.

Untuk maklumat lanjut, penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan.

Sementara itu, Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) adalah bantuan tunai yang disediakan oleh Kerajaan sebagai inisiatif bantuan yang akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan tanpa had umur.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan