Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Pegawai dan anggota PDRM perlu amalkan ‘Konsep Turun Padang’

ByTVS

KUCHING, OKTOBER 25: Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) diseru untuk mengamalkan ‘Konsep Turun Padang’ dalam aktiviti-aktiviti bersama masyarakat, pengurusan bersama badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta, badan-badan sukarela.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim yang mengadakan lawatan kerja rasminya dengan mengadakan kunjungan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak hari ini berkata konsep tersebut sangat penting dalam mengetahui kehendak dan keperluan masyarakat setempat.

Jelasnya, penglibatan Pegawai Pemerintah, Ketua Polis Daerah (KPD) dan Ketua Polis Balai (KPB) dalam aktiviti-aktiviti bersama masyarakat, pengurusan bersama badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta, badan-badan sukarela dan pihak media adalah penting.

“Ia perlu dipertingkatkan demi menelusuri kehendak dan keperluan masyarakat setempat.

“PDRM perlu memastikan perkhidmatan pasukan kekal relevan dengan tuntutan semasa dengan menjadikan masyarakat sebagai rakan kolaborasi dalam konteks ‘community policing’ dalam memerangi jenayah persepsi,” katanya dalam kenyataan menerusi akaun rasmi Facebook Polis Sarawak sempena lawatan kerja rasminya ke sini hari ini.

Beliau turut mengingatkan agar PDRM membudayakan prinsip “Peka Masyarakat dan Mengutamakan Kesegeraan” ke atas semua pelaporan yang diterima dan aduan oleh masyarakat setempat.

Terdahulu, Mazlan meneruskan lawatan kerja rasminya dengan mengadakan kunjungan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak di sini.

Ketibaannya disambut dengan Barisan Kawalan Kehormatan serta diiringi oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan