Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Sabah catat kes COVID-19 terendah pada Isnin

Oleh : Ammierul Mukminin  

KOTA KINABALU, 25 OKTOBER : Sabah meneruskan trend penurunan dengan penyusutan sebanyak 52 kes.

Hari ini Sabah  mencatatkan 450 kes baharu,  angka terendah sejak 16 Julai 2021.  

Pada hari ini jumlah daerah yang mencatatkan penurunan kes ialah 16 daerah, lapan daerah mencatatkan peningkatan kes dan tiga daerah kekal sebagaimana catatan semalam.

Hanya dua daerah melepasi catatan 50 kes dan 19 daerah merekodkan kes dibawah paras 20 kes.  

Daerah Kota Belud dan Ranau kekal menyumbang angka tertinggi catatan baharu jangkitan kes COVID-19 dikala daerah lain mula menunjukkan trend penurunan.

Pada hari ini, Kota Belud mencatatkan kes tertinggi dengan 64 kes, diikuti dengan Ranau sebanyak 54 kes.  

Daripada 450 kes hari ini, 266 kes atau 59.11% adalah merupakan kes-kes yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Selebihnya adalah kes-kes yang didaftar beberapa hari selepas keputusan saringan tersebut diperolehi.  

96% daripada kes hari ini adalah pesakit-pesakit dalam Kategori 1 & 2 manakala bagi Kategori 3 seramai satu orang, Kategori 4 seramai tiga orang dan Kategori 5 seramai tiga orang.

Sebanyak sebelas kes lagi masih dalam penilaian JKNS.  

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan