Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Rang Undang-Undang gangguan seksual dibentang Disember ini – Siti Zailah

KUALA LUMPUR, 25 Okt — Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan membentangkan rang undang-undang berkaitan gangguan seksual sebelum berakhirnya persidangan Dewan Rakyat Disember ini.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata ia akan dibentangkan selepas mendapat kelulusan agensi dan mesyuarat Kabinet.

Pada sidang media di bangunan Parlimen di sini hari ini, Siti Zailah berkata setakat ini daripada segi perundangan sudah ada akta bagi melindungi wanita daripada gangguan seksual seperti Kanun Keseksaan [Akta 574] dan Akta Kerja 1955 [Akta 265].

Beliau berharap wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual agar membuat aduan kepada KPWKM ataupun polis supaya maklumat dapat direkodkan dan tindakan tegas dapat diambil terhadap pelaku.

— BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan