Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Kesihatan (KKM) mengusulkan permohonan enam inisiatif baharu berjumlah RM3.4 bilion kepada Kementerian Kewangan untuk dimasukkan dalam Bajet 2023 yang akan dibentang pada 7 Okt ini. Foto: BERNAMA

KKM larang perhimpunan berkaitan aktiviti PRN Melaka bermula esok

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 24 Okt : Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan larangan bagi sebarang aktiviti perhimpunan atau majlis sosial yang berkaitan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, arahan berkenaan selaras dengan peruntukan di bawah subperaturan 10(1) Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit, Pelan Pemulihan Negara (PPN) 2021.

Ujar Khairy Jamaluddin, larangan berkenaan akan mula berkuatkuasa esok sehingga 27 November 2021.

” KKM ingin memaklumkan berdasarkan situasi semasa COVID-19 di negara ini, didapati antara penyumbang peningkatan kes dan kluster adalah kerana berkaitan dengan aktiviti perhimpunan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Khairy Jamaluddin, larangan berkenaan dikeluarkan susulan pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perlaksaan PRN Melaka pada 20 November ini.

” KKM menjangkakan banyak perhimpunan serta majlis sosial berkaitan PRN akan diadakan melibatkan ramai individu berkumpul dari seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata, larangan yang dikeluarkan selari dengan aktiviti yang tidak dibenarkan di bawah senarai negatif PPN fasa empat.

” Sebarang pelanggaran akan menyebabkan penganjur dan organisasi boleh dikenakan tindakan seperti kompaun atau didakwa di mahkamah mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342),” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan