Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 9 Mac -- Ahli Parlimen Kapit Datuk Alexander Nanta Linggi dilantik sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna hari ini.?Pelantikan tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sidang akhbar khas di Perdana Putra Putrajaya.?--fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA??

Tiada rundingan pembahagian kerusi GPS dan Bersatu – Nanta

ByAkma Salleh

KUCHING, 24 OKT: Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS), Dato Sri Alexander Nanta Linggi menafikan beliau pernah memberi kenyataan berhubung laporan media tempatan terdapat rundingan membabitkan pembahagian kerusi antara GPS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12 nanti.

Tegas Alexander, rundingan sedemikian tidak pernah berlaku atau akan diadakan malahan GPS akan bertanding di kesemua 82 kerusi DUN Sarawak pada PRN akan datang.

“Justeru, saya ingin membetulkan mesej salah yang dilaporkan dalam beberapa media,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 21 Oktober lepas, beliau telah ditanya mengenai kerusi Bersatu di Sarawak iaitu DUN Krian yang disandang oleh Datuk Ali Biju.

Ujar Alexander yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, ketika itu beliau hanya menyatakan kedudukan kerusi Krian akan dibincangkan oleh GPS namun tidak merujuk kepada mana-mana kerusi DUN yang lain.

“ Saya sedar bahawa sememangnya GPS tidak akan memberi sebarang kerusi kepada mana-mana parti lain.

“Saya kecewa dengan tindakan segelintir media yang ‘memasukkan kata-kata ke dalam mulut saya’ untuk mensensasikan isu pembahagian kerusi sempena PRN Sarawak ke12,” tambahnya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak akan mendapat fakta yang sebenar tanpa adanya isu yang berbangkit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan